Laporan Tahunan UPNM 2020

122 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi Cadangan Geran Penyelidikan Fundamental Sasaran 2020 Siri 3” di Bilik Sipadan dan Bilik Muka Head, Pusat Marin, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 15 Februari 2020. Penganjuran kali ini bertujuan meningkatkan kualiti kertas cadangan permohonan geran penyelidikan selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, ianya memberikan pendedahan kepada penyelidik berkenaan penulisan permohonan geran yang lebih menarik minat penilai dengan kehadiran panel penilai geran KPM seperti di Jadual 50: Jadual 50: Kehadiran Panel Penilai Geran KPM Bil. IPTA UiTM USM USM UKM UKM Nama 1. 2. 3. 4. 5. YBhg. Profesor Dato’ Dr. Abu Bakar bin Abdul Majeed, Bidang Clinical and Health Sciences YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Isa Bin Abd Majid, Bidang Pure and Applied Sciences YBhg. Profesor Dr. Ruslan bin Rainis, Bidang Social Sciences YBhg. Profesor Dr. Masri binti Ayob, Bidang Information and Communication Technology YBhg. Profesor Dr. Che Hassan bin Che Haron, Bidang Technology and Engineering Ianya juga boleh mengenalpasti aspek kekurangan dan kelemahan proposal sedia ada dari penyelidik serta proses penambahbaikan dapat dilaksanakan berdasarkan ulasan panel penilai geran KPM. Bengkel ini telah bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di Bilik Sipadan dan Bilik Muka Head, Pusat Marin, UPNM. Terdapat 43 orang penyelidik yang hadir yang berpotensi memohon geran pada fasa 1/2020 kali ini. Sepanjang program berlangsung, pihak penyelidik juga mengadakan sesi penilaian berterusan dan membuat pembentangan draf kertas cadangan permohonan geran kepada semua panel penilai. Diharapkan dengan adanya program ini yang telah dilaksanakan sehingga siri yang ke tiga, ianya mampu meningkatkan keberjayaan penyelidik UPNM dalam usaha mendapatkan geran KPM bagi sesi pembukaan geran kali ini. PUSAT KESELAMATAN SIBER DILANTIK SEBAGAI RAKAN STRATEGIK PENGANJURAN CYBER DEFENCE & SECURITY AND EXHIBITION (CYDES) 2021 MDEC, 17 Februari 2020 - UPNM melalui Pusat Keselamatan Siber telah dilantik sebagai Rakan Strategik penganjuran Cyber Defence & Security and Exhibition (CYDES) 2021 yang akan diadakan pada 1- 3 Jun 2021 di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) Langkawi. Peranan yang akan dikendalikan oleh UPNM termasuklah dalam aspek pembangunan keupayaan (capacity building) dan membangunkan University Pavilion yang menjemput universiti awam dan swasta yang mempunyai kepakaran khusus dalam keselamatan siber untuk mempamerkan produk dan inovasi kajian masing-masing. Program CYDES 2021 ini adalah anjuran bersama Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Syarikat Alpine Integrated Solution (AIS) Sdn. Bhd. Antara rakan strategik dalam rancangan penganjuran CYDES 2020 termasuklah NACSA, SCS, FireEye, BAE, MDEC dan UPNM. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 122 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz