Laporan Tahunan UPNM 2020

120 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi cadangan penyelidikan masing-masing secara langsung. Disamping itu juga, PPPI juga menjemput 5 orang mentor untuk memberi bimbingan dalam menyediakan kertas cadangan geran penyelidikan yang mantap. Selain itu, panel-panel yang dijemput turut berkongsi tips-tips dan pengalaman mereka semasa slot ceramah masing-masing. Bengkel ini diadakan adalah untuk membantu pensyarah dan penyelidik dalam memperbaiki kertas cadangan mereka sebelum dimajukan kepada pihak kementerian atau mana-mana pemberi dana pada masa akan datang. Selain itu juga, satu taklimat Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020 telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azizi bin Miskon, Pengarah PPPI. Taklimat tersebut telah dihadiri seramai 110 orang pensyarah/penyelidik UPNM. RADAR PRINCIPLES COURSE 2020 UPNM, 10 - 14 Februari 2020 - Pusat Keselamatan Siber (PKS) telah menganjurkan Radar Principles Course 2020 dengan kerjasama CSIR Afrika Selatan. Tujuan kursus diadakan adalah bagi mendedahkan peserta kursus kepada prinsip-prinsip asas sistem radar untuk membolehkan mereka memahami dan menggunakan prinsip-prinsip ini untuk sistem pertahanan elektronik. Seramai 47 orang peserta iaitu peserta kursus paling ramai pernah dikendalikan oleh PKS daripada pelbagai Unit Peperangan Elektronik (EW) dan Radar Practitioners telah menghadiri kursus ini terdiri daripada agensi seperti TD, TUDM, TLDM, PDRM, APMM, STRIDE, UPM dan UPNM. Turut serta dalam kursus ini sebagai peserta daripada UPNM adalah Prof Madya Ir Dr Kamaruddin bin Abdul Ghani, Lt Kol Ir Sharil bin Ahmad dan Dr Siti Noormiza binti Makhtar. Tenaga pengajar ialah Mr Dennis Milton daripada CSIR Afrika Selatan. IP AWARENESS SEMINAR & CLINIC Unit Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (TTC), memiliki objektif dan komitmen untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai pentingnya harta intelek. Oleh itu, TTC telah menganjurkan IP Awareness Seminar & Clinic dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan. Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi kesedaran harta intelek kepada peserta dan memberi latihan kepada peserta secara hands-on mengenai carian novelti patenmelalui penggunaan pangkalan data yang sedia ada seperti espacenet, google patents, USPTO, WIPO dan Frost & Sullivan. Seminar ini telah diadakan pada 10 Mac 2020 bertempat di Fakulti Kejuruteraan. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 120 07/03/2022 11:47 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz