Laporan Tahunan UPNM 2020

110 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Ketenteraan 10. Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS). a. Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) merupakan salah satu atribut yang terkandung di dalam 6 teras utama UPNM. Dalam memenuhi teras tersebut, latihan berterusantelah dilaksanakan pada setiap hari Jumaat mulai jam 1500 hingga 1830 bagi melengkapkan jam kredit untuk ditauliahkan. Kesemua Pegawai Kadet diwajibkan untuk menyertai latihan ini dan ia akan dinilai disetiap semester pengajian sehingga Pegawai Kadet tamat pengajian di UPNM. Pada tahun 2020, seramai 1,012 Pegawai Kadet telah lulus berdasarkan gred yang dikehendaki mengikut semester pengajian seperti dinyatakan di Jadual 42: Jadual 42: Jumlah Pegawai Kadet Yang Telah Lulus Berdasarkan Gred Mengikut Semester Pengajian Bil. Pengambilan Catatan Jumlah Tali Pinggang Gred (a) 1. 2. 3. 4. 5. (b) (c) 8 7 6 1 1 1012 2020 2019 2018 2017 2016 Jumlah (e) (e) (e) 349 227 358 62 16 Kuning Kuning Biru Merah Merah 11. Ujian Penilaian Pegawai Kadet. a. Dalam memastikan kecergasan Pegawai Kadet di tahap yang cemerlang, beberapa ujian kecergasan dilaksanakan bagi menilai kemampuan dan pencapaian Pegawai Kadet diantaranya Ujian Kecergasan Asas (UKA), Ujian Renang dan Pemeriksaan Body Mass Index (BMI). Ketigatiga ujian ini telah dilaksanakan di setiap semester pengajian Pegawai Kadet. (1) Ujian Kecergasan Asas (UKA). UKA dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun iaitu Ujian Penggal Pertama pada bulan Januari dan Ujian Penggal Kedua pada bulan Jun. Setiap ujian yang dilaksanakan mengikut keperluan perkhidmatan Pegawai Kadet. Diantara Ujian-ujian tersebut adalah seperti larian jarak 2.4km, bangun tubi, lompat jauh berdiri, lari ulang alik 4 x 10m dan mendagu. Bagi lelaki markah lulus 19 markah dan perempuan 14 markah dari 25 markah penuh. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 110 07/03/2022 11:47 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz