Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 4

3
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Sejarah Penubuhan
Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula
dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun
1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program
pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada
Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA
kemudian diperluaskan melalui naik tarafnya sebagai sebuah universiti
yang diwartakan pada 10 November 2006.
Di samping memperolehi kelayakan profesional, semua Pegawai Kadet
ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka bakal berkhidmat di
pelbagai pasukan dalam Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja
Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia . Manakala bagi pelajar
awam yang bergraduat mereka bakal menceburi perkhidmatan
beruniform yang lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
Jabatan Imigresen Malaysia dan perkhidmatan awam serta sektor
swasta, terutama dalam bidang industri pertahanan dan keselamatan
negara.
Di samping Pusat Asasi Pertahanan, UPNM telah menubuhkan 4 buah
fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan,
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan serta Fakulti Perubatan
dan Kesihatan Pertahanan.
Program akademik yang ditawarkan di fakulti-fakulti adalah setanding
dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam dan luar negara.
Program-program ditawarkan oleh UPNM menarik minat bakal
pelajar kerana ia melibatkan pengajian dalam bidang pertahanan
dan keselamatan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi boleh
diaplikasi kepada pengurusan pertahanan dan keselamatan negara,
di samping dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang
berteraskan sains dan teknologi terkini.
Sejarah Penubuhan
1,2,3 5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,...146
Powered by FlippingBook