Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 94

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
93
Pembangunan Staf
Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan
Pendaftar sepertimana lazim bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, menilai
dan memantau kursus-kursus serta program-program latihan yang diadakan secara
berpusat bagi semua peringkat bermula daripada pengurusan tertinggi Universiti sehingga
kumpulan sokongan.
Sehingga Disember 2010, sebanyak 16 kursus dalaman dengan seramai 697 orang peserta
telah berjaya dianjurkan oleh Unit Latihan dan Kompetensi . Senarai Kursus Dalaman,
Induksi, Peperiksaan Perkhidmatan dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi Tahun
2010 (rujuk Lembaran A). Selain itu, Unit Latihan dan Kompetensi juga telah berjaya
menganjurkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Kumpulan Pengurusan dan Profesional
pada bulan Julai 2010 dan Kumpulan Sokongan pada bulan Disember 2010. Universiti
juga menggalakkan staf untuk menghadiri kursus anjuran luar yang berkaitan dengan
kompetensi staf dan kursus yang tidak ditawarkan secara anjuran dalaman. Bagi staf
akademik, pembentangan kertas kerja samaada didalamnegeri atau luar negara adalah
amat digalakkan bagi meningkatkan kompetensi serta penyelidikan yang bermutu.
Sehingga Disember 2010, sebanyak 78 kertas kerja telah dibentangkan oleh staf akademik
dan jumlah ini meningkat daripada tahun yang lepas. (rujuk Lembaran B).
Keseluruhan latihan yang telah dihadiri menunjukkan peningkatan kecekapan dan
keberkesanan staf dalammelaksanakan tugas seterusnyameningkatkan produktiviti (rujuk
Lembaran C - Bilangan Keseluruhan Pegawai yang Menghadiri Kursus Januari sehingga
Disember 2010). Adalah diharapkan semua Pusat Tanggungjawab dapat memberi input
dan cadangan mengenai keberkesanan latihan dan keperluan latihan yang diperlukan
staf dalam melaksanakan tugas hakiki dan meningkatkan kompetensi staf serta dapat
membantu bahagian ini berperanan sebagai agen perubahan dengan lebih berkesan.
Modal Insan Cemerlang
1...,84,85,86,87,88,89,90,91,92,93 95,96,97,98,99,100,101,102,103,104,...145
Powered by FlippingBook