Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 4

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
3
Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan
Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang
bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan
latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan
ATMA kemudian diperluaskanmelalui naik taraf sebagai sebuah universiti yang diwartakan
pada 10 November 2006.
Meskipun UPNM sebuah universiti baru, menyusuri sejarah ATMA, UPNM sebenarnya telah
mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda
selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara
Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia.
Di samping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan ditauliahkan sebagai
Pegawai ATM dan mereka bakal berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Laut
dan Udara.
UPNM telah menubuhkan 4 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti
Kejuruteraan
Pertahanan,
Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan, Fakulti Pengurusan
Pengajian Pertahanan dan
Fakulti Perubatan dan Kesihatan
Pertahanan.
Program
akademik
yang
ditawarkan di fakulti adalah
setanding dengan IPTA luar
dan dalam negara. Program
ditawarkan
UPNM
menarik
minat bakal pelajar kerana ia
menyediakan kurikulum yang
merangkumi bidang sains dan
teknologi pertahanan secara
hands on
. Pengetahuan yang
diperolehi
boleh
diaplikasi
kepada
aset
pertahanan
negara seperti kapal tentera
laut, pesawat udara dan
peralatan ketenteraan ATM, di
samping dapat diaplikasikan
dalam sektor perindustrian yang
berteraskan sains dan teknologi
terkini.
S e j a r a h P e n u b u h a n
Sejarah Penubuhan
1,2,3 5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,...145
Powered by FlippingBook