16 Februari 2024 - Pejabat PNC (JIPK) telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Jasamu Dikenang buat YBhg. Dato' Dr. Junaidah binti Kamarruddin, Mantan PNC (JIPK) yang telah berkhidmat sebagai PNC (JIPK) bermula 1 Mei 2021 sehingga 14 Februari 2024. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya tayangan montaj khas bagi memperingati segala jasa dan pengorbanan YBhg. Dato' Dr. Junaidah binti Kamarruddin sepanjang berkhidmat sebagai PNC (JIPK). Di dalam ucapan, beliau menekankan bahawa kepentingan kondusif di tempat kerja yang merangkumi penjagaan ukhuwah serta kebersamaan antara satu sama lain kerana tempat kerja merupakan rumah kedua bagi semua staf. Kemudian, Mejar Jeneral Dato' Dr. Kwong Fook Wen, Timbalan PNC (JIPK) telah menyerahkan cenderahati Jasamu Dikenang kepada beliau.

Majlis ini turut dihadiri oleh mantan-mantan staf yang pernah berkhidmat di bawah kepimipinan YBhg. Dato' Dr. Junaidah binti Kamarruddin. Seluruh warga Pejabat PNC (JIPK) menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato' Dr. Junaidah binti Kamarruddin atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada UPNM.