Pada 5 hingga 7 Februari 2024, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) telah mengadakan Bengkel Memperkasa Peranan dan Pemantapan Hala Tuju PNC (JIPK) bagi tahun 2024 di Kampus INTAN Wilayah Utara (INTURA), Sg. Petani, Kedah.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah:

  • Memperkemaskan penugasan staf mengikut portfolio semua bahagian di bawah Pejabat PNC JIPK.
  • Memperkasakan pelbagai peranan (multitasking) staf dalam semua bahagian di Pejabat PNC JIPK.
  • Meningkatkan prestasi kecemerlangan bahagian dalam bidang pentadbiran dan kepimpinan.
  • Merancang dan Penetapan Hala Tuju 2024 setiap bahagian.
  • Menetapkan Sasaran Teras Strategik 6: Memperkasakan Jaringan Industri, Perhubungan Korporat dan Masyarakat seperti mana yang ditetapkan dalam Pelan Strategik UPNM.
  • Mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf Pejabat PNC JIPK.

 

Bengkel kali ini telah memaparkan struktur organisasi yang baharu bagi Pejabat PNC JIPK. Pada sesi pembentangan, setiap kumpulan diwakili oleh Ketua Bahagian masing-masing telah membentangkan penugasan staf mengikut bidang yang telah ditetapkan. Hasil pembentangan ini dapat memperjelaskan lagi peranan individu serta hala tuju di bahagian tersebut. Dato’ Junaidah, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) telah menyimpulkan bahawa setiap individu mempunyai kelebihan masing-masing, namun sekiranya kelebihan tidak sehala dengan perilaku peribadi tersebut, tetap tidak dapat menjadi individu yang lebih berjaya.  Pada sesi penggulungan ini juga, Dato’ Junaidah menyatakan bahawa bahagian ini memainkan peranan yang besar kerana merupakan imej kepada UPNM. Jadi, kerjasama antara satu sama lain amat penting bagi meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan Pejabat PNC JIPK.