Program Pertukaran Pelajar (Student Outbound Mobility) diantara UPNM dan UPI ini melibatkan 6 orang pelajar awam yang terdiri daripada Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) dan Akademi Kecergasan Pertahanan. Sesi send off pelajar telah berlangsung di KLIA2 yang turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Kualiti Akademik), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Ts. Dr. Norshahriah binti Abdul Wahab Pengarah CTL, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Muhamad Azani bin Yahya, Pengarah Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa serta wakil-wakil daripada FPPP dan AKP.


Tarikh : 14 Mac 2023 (Selasa)

Tempat : KLIA, Sepang, Selangor