Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengadakan Sesi Lawatan ke Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa (PJAA), UPNM bagi membincangkan aktiviti-aktiviti kolaborasi yang telah dipersetujui sebelum ini. Sesi Lawatan ini turut dihadiri seramai 6 pegawai termasuk Pengarah Pejabat Antarabangsa UIAM iaitu Prof. Madya Dr. Raihan Othman. Selain daripada ahli staf PJAA, PJAA juga telah menjemput Dato' Akhtar Zainudin, Pengarah Pusat Pemindahan Tenaga dan Pengkomersialan sebagai tanda penghargaan dalam menjayakan kolaborasi ini.


Tarikh : 2 Mac 2023 (Khamis)

Tempat : Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa (PJAA), Aras Bawah, Bangunan Jebat