Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mewujudkan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh jalinan kerjasama antara akademia dan industri. Salah satu inisiatif kerjasama yang dilaksanakan adalah program MoHE-Intel Elite Internship Program (MIEIP). Program MIEIP adalah satu program kerjasama khas di antara KPT dan Intel Corporation yang diwujudkan khusus kepada pelajar Sarjana Muda dan pensyarah dalam bidang kejuruteraan Mikroelektronik (rekabentuk cip dan sistem elektronik) IC Design dari Universiti Awam. Program ini bertujuan untuk meningkatan kompetensi graduan kejuruteraan Mikroelektronik di dalam bidang rekabentuk cip dan sistem elektronik.

Majlis Perasmian MoHE and Intel Elite Internship Program secara maya akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Julai 2021 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
Pautan : Facebook Rasmi KPT di https://www.facebook.com/MOHEOfficial
Perasmi : YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi

#UPNMSharing
#sayangiupnmkita
#KPTPrihatin