13 Apr 2023 (Selasa) – YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM telah sempat meluang masa bersama YBhg Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin, Penolong Naib Canselor JIPK dan staf Pejabat JIPK bagi lawatan ringkas. Di dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa keterujaan di atas persiapan rapi dekorasi hari raya Pejabat JIPK. Beliau juga memberikan kata-kata semangat dan motivasi agar Pejabat JIPK terus unggul dan cemerlang.