2 NOVEMBER 2023, UPNM - Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis bersama Bahagian Kawal Selia Felda (BKSF) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPNM di UPNM.
 
Majlis telah dimulai dengan penyerahan sumbangan bantuan pembiayaan rawatan dan pembedahan kepada pelajar UPNM daripada Yayasan FELDA dan FGV yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada YAB Perdana Menteri dan diiringi oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM. Yayasan Felda dan FGV telah sudi membantu membiayai sebahagian kos rawatan dan pembedahan jantung Nor Syamimi binti Mohd Shah, pelajar daripada program Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan. Beliau merupakan anak FELDA Palong Timur, Segamat.
 
 
 
YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar juga telah turut melancarkan Persatuan Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA (PERSADA) peringkat UPNM dan meluangkan masa beramah mesra bersama-sama Exco PERSADA UPNM.
 
Hadir bersama di majlis ini adalah YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Ahli Parlimen Segamat, YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato' Banuri bin Aris, Pengurus Besar Yayasan FELDA, En. Azwa Effendi bin Baktiar, wakil rasmi Pejabat Ketua Kumpulan Eksekutif FGV Holding, En. Hirman bin Awang, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi serta Pengurusan Tertinggi UPNM.