27 Oktober 2023 - Majlis menandatangani MoU antara UPNM dan InvestKL Corporation bertempat di InvestKL, KL Sentral. InvestKL merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Antara lain kerjasama yang dicadangkan adalah kolaborasi dalam aspek Pembelajaran Sepanjang Hayat terutamanya dalam enrolmen pelajar melalui platform APEL.