Pentadbiran:

  • Mentadbir dan memantau peruntukan belanjawan berkaitan perolehan dan menyemak akaun dari semasa ke semasa
  • Mentadbir hal ehwal Anti Rasuah dan Integriti serta Pengurusan Risiko pejabat PNC JIPK
  • Mengawal selia aset alih dan aset tak alih
  • Mengumpul slaid pembentangan Naib Canselor (Taklimat Perkembangan Semasa Universiti) untuk pejabat PNC JIPK bagi mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU)
  • Penyelaras Jawatankuasa Kerja Pengurusan Korporat (Kad Jemputan, Backdrop, Banner, Bunting, Media, Publisiti dan Cenderahati) sempena Istiadat Konvokesyen UPNM
  • Penyelaras Jawatankuasa Anugerah Kualiti PNC JIPK
  • Mengurus perolehan Cenderahati universiti termasuk memantau rekod pengeluaran dan kemasukan (stok cenderahati universiti)

 

Pengurusan Acara:

Merancang dan mengurus program/ majlis/ acara Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) termasuk  membantu  FPJB lain merangkumi aspek-aspek berikut:

  • Mengenalpasti kategori program/ majlis/ acara
  • Kepentingan elemen protokol dan etiket
  • Mengenalpasti senarai jemputan
  • Keutamaan dan kepentingan susunan
  • Memastikan awal dan akhir program/ majlis/ acara berjalan dengan terancang dan tertib