4 - 6 Oktober 2023 - UPNM menganjurkan Bengkel Pemantapan Pelan Strategik UPNM Bagi Tahun 2023/2024 di Mudzaffar Hotel Melaka.

Dirasmikan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor, penganjuran bengkel ini bertujuan untuk pemantauan serta sumbang saran daripada Pengurusan Tertinggi Universiti, ketua-ketua FPJB serta Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bagi Pelan Strategik UPNM hingga tahun 2025. Selain itu, tujuan lain adalah membentangkan tahap pencapaian Pelan Strategik UPNM 2021-2025 serta pemantapan Pelan Strategik UPNM dengan menggabungkan keperluan yang baharu seperti Sustainable Development Goals (SDG), QS Asia Ranking, SETARA dan Sejahtera IPT.