Pejabat PNC PJIPK telah mengadakan perbincangan strategik secara dalam talian bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang diwakili oleh Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, JAKOA. Perbincangan ini telah diadakan pada 25 Januari 2022.

Perbincangan tertumpu kepada Program Perkongsian Maklumat dan Promosi Program Akademik UPNM. Selain itu, UPNM dan JAKOA juga sedia memperhalusi laluan khas bagi Orang Asli untuk kemasukan ke UPNM.