LATAR BELAKANG 

 

Pelaksanaan anugerah inovasi ini hakikatnya untuk memperkasakan aspek kualiti dan inovasi ke arah kecemerlangan dalam setiap pekerjaan bagi menghasilkan mutu kerja yang tinggi. Seharusnya komitmen setiap warga kerja dalam memastikan semua tugasan yang dihasilkan di UPNM hendaklah berkualiti tinggi serta memenuhi kehendak pelanggan dalaman dan luaran. 

Anugerah Hari Inovasi (AHI) peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) adalah salah satu acara tahunan dalam usaha pembudayaan kualiti dan inovasi di UPNM. Program ini diadakan di UPNM selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) - (PPPM (PT) iaitu mencetus transformasi pengajian tinggi di samping menekankan proses kecemerlangan dan penambahbaikan yang berterusan. 

Program Hari Inovasi juga merupakan suatu acara tahunan dalam kalendar setiap agensi sektor awam di Malaysia sejak Gerakan Budaya Kerja Cemerlang dilancarkan. Program ini membabitkan pertandingan anugerah-anugerah yang dipertandingkan serta aktiviti-aktiviti seperti pameran-pameran inovasi dalam usaha menyebar luas serta menyerapkan konsep kualiti, kreativiti dan inovatif kepada semua warga UPNM sama ada staf mahupun para pelajar.

 

OBJEKTIF

 

  • Mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti dan berinovatif iaitu setiap kerja dirancang dan dilakukan secara efektif dan bersistematik. 
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan, di samping menjimatkan kos serta memudahkan proses kerja. 
  • Memberi nilai tambah kepada imej universiti. 
  • Anugerah Hari Inovasi (AHI) Peringkat UPNM adalah satu manifestasi sokongan pihak Universiti terhadap warga kerjanya yang banyak menyumbang secara kolektif terhadap peningkatan prestasi, kreativiti inovasi dan produktiviti di UPNM.

 

Terdapat 8 kategori anugerah dipertandingkan dalam Anugerah Hari Inovasi (AHI). 

BIL.

ANUGERAH

1.

Anugerah Kualiti Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU)

2.

Anugerah Kualiti Naib Canselor 

3.

Anugerah Kualiti Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) 

4.

Anugerah Kualiti Timbalan Naib Canselor (HEPA)

5.

Anugerah Kualiti Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

6.

Anugerah Kualiti PNC (PJIPK)

7.

Anugerah Kualiti PNC (PPPS)

8.

Anugerah Kualiti Komandan