7 April 2023 - YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sani Megat Ahmad Supian, TKSU(Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara 10 buah universiti di bawah Konsortium Universiti Malaysia (CMU) dengan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), TUSAS Malaysia Sdn. Bhd. dan TUSAS Academy di Bangunan MIGHT Partnership Hub.

MoU tersebut ditandatangani oleh Profesor Dato' Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Malaya merangkap Pengerusi CMU; Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid, Pengerusi Bersama MIGHT; Encik Mohd Shahiman Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif TUSAS Malaysia Sdn. Bhd.; dan Prof. Dr. Ahmet Pinarbasi, Presiden Akademi TUSAS.

CMU terdiri daripada 10 universiti termasuk UM, UTM, UPM, UIAM, USM, UniMAP, UPNM, UTEM, UTP dan UniKL.

 

 

Antara kepentingan MoU ini ialah sebagai platform untuk menyokong keperluan bakat dalam merealisasikan visi negara dan bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan reka bentuk aeroangkasa Malaysia serta pembangunan dan industri pembuatan seperti yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.

Turut hadir menyaksikan Majlis Menandatangani MoU ini ialah TYT Emir Salim Yüksel, Duta Besar Republik Türkiye ke Malaysia; Encik Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Pengarah Pendidikan Tinggi JPT; dan YBhg. Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman, Presiden dan CEO MIGHT.

Wakil dari UPNM yang hadir ialah YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM, YBhg Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Dato' Dr. Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Perhubungan Korporat).