Delegasi UPNM diketuai oleh Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor Prof. Dato’ Ts Dr Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Dato’ Dr Junaidah binti Kamarruddin dan Prof. Madya Dr. Mohd Fahmi bin Mohamad Amran (Timb. Dekan FSTP) merangkap Offset Coordinator, Perancis.
Terdahulu, Dato’ Junaidah telah menghadiri Mesyuarat Education and Training Working Group bersama Kementerian Pertahanan Perancis. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Dato’ Dr. Junaidah, wakil Kementerian Pertahanan Malaysia dan Brig. Jen. Caroline Salahoun. Mesyuarat secara berkala ini bertujuan untuk menyelaraskan Program Offset bagi kedua-dua negara.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bagi progam-program Akademik di bawah Offset Perancis telah diadakan bersama EURECOM dan Ecole Centrale de Nantes (ECN). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh NC UPNM bersama pihak EURECOM dan ECN. Turut hadir adalah Syarikat Naval Group Perancis, penyedia Offset dan ahli-ahli yang diantik.
Mesyuarat berkala dua hala ini bertujuan membincangkan perkembangan semasa pelaksanaan Program-program Akademik yang telah dipersetujui. Semasa mesyuarat yang berlansung selama dua hari itu, delegasi sempat bertemu staf Akademik UPNM dan peserta kursus dari Malaysia yang sedang mengikuti pelbagai program di bawah penajaan Offset. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Dato’ Mohd Sharil bin Abdullah, wakil Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.