24 Disember 2021 (Jumaat) – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan kecil Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan MyKasihCare telah menganjurkan Misi Kasih Jelebu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.

Yang Berbahagia Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM turut menyantuni mangsa banjir serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung dan pelajar UPNM. Seramai 300 sukarelawan bergerak ke Kampung Kuala Pah, Kampung Titi, Bandar Tinggi dan Kampung Jerang di kawasan Jelebu, Negeri Sembilan untuk aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan banjir yang terjejas teruk. Menurut Puspanita cawangan JPT, sumbangan dari pihak luar berbentuk barangan keperluan, set solat, barangan penjagaan diri dan pek makanan kering dari semua pihak telah digerakkan serta merta dan dikumpul serta diagihkan kepada mangsa banjir. Misi ini akan diteruskan pada sepanjang masa terutama untuk kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

24 Disember 2021 | Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ke-4 di Taman Langat Utama 3 Banting. Seramai 30 orang sukarelawan UPNM yang terdiri dari Pelajar dan Staf turut juga melakukan aktiviti pembungkusan keperluan asas mangsa banjir bersama Bulan Sabit Merah Malaysia.