Petaling Jaya 15 November 2021 - Kunjungan hormat dan perbincangan kerjasama Pertandingan Debat DiRaja antara IPT 2021 oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke Media Mulia Sdn Bhd (Utusan Malaysia, Kosmo dan The Malaysian Reserve).

Delegasi UPNM yang diketuai oleh Kapten Prof. Madya Ahmad Zaidi bin Sulaiman (Bersara), Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni disambut mesra oleh En. Mohamad Azlan Jaafar, Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan dengan Pengurusan Media Mulia Sdn Bhd.

Perbincangan menjurus kepada kerjasama strategik UPNM dengan Media Mulia Sdn Bhd khusus dalam Pertandingan Debat DiRaja antara IPT anjuran bersama UPNM dan Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kunjungan hormat ini juga memberi peluang kepada UPNM dan Utusan Malaysia serta Kosmo untuk saling mengenali dan mempromosikan UPNM. Kerjasama dalam pelbagai program yang melibatkan pendidikan, khidmat komuniti dan pembangunan kemahasiswaan turut dibincangkan.

Turut hadir dari UPNM ialah Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat, En. Sharizan bin Samad, Pengarah Pusat Kaunseling, Kerjaya dan Alumni, Puan Nor Faizah bt. Ismail, Kaunselor, En Muhammad Zarul Naim bin Aziziddin dan En. Ahmad Alif Amri bin Ahmad Kawazi dari Pejabat Naib Canselor Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat. Semoga kerjasama terjalin erat dan akrab antara UPNM dan Media Mulia Sdn Bhd.