Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
17 September 2021 / 10 Safar 1443
Tetapan

PENGUMUMAN

Penawaran Program Sarjana Sains Keselamatan Siber dan Pengurusan (MSc in Cyber Security and Management) di UPNM

Penulis : Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) Jumaat, 25 Jun 2021

Penawaran Program Akademik Baharu
Sarjana Sains Keselamatan Siber dan Pengurusan
(MSc in Cyber Security and Management)
Sesi Akademik 2021/2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menawarkan program akademik baharu iaitu Sarjana Sains Keselamatan Siber dan Pengurusan (MSc in Cyber Security and Management) yang akan bermula sesi akademik pada September 2021.


Program sarjana ini merupakan satu program yang menjurus ke arah bidang pertahanan dan keselamatan negara yang merupakan bidang tujahan UPNM. Pengkhususan kepada bidang keselamatan pertahanan, terutamanya keselamatan siber merangkumi aspek-aspek teori dan amali yang melebihi 60% daripada keseluruhan kursus pengajian yang ditawarkan. Program ini menawarkan mod pengajian secara modular dan akan dijalankan pada setiap minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Pihak fakulti amat berbesar hati untuk mempelawa calon pelajar yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang dinyatakan untuk memohon bagi mengikuti program pengajian ini. Maklumat lanjut boleh didapati di Brosur Program dan Borang Permohonan boleh dicapai melalui pautan laman sesawang PPS seperti berikut https://cgs.upnm.edu.my/index.php/en/download/admission.


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program Sarjana ini terutama mengenai permohonan dan syarat-syarat kemasukan pengajian boleh menghubungi senarai yang tertera seperti berikut:


1. Prof. Madya Dr. Zuraini binti Zainol di talian 03-9051 3400 (samb: 2136/2064) dan emel zuraini@upnm.edu.my; atau
2. Prof. Madya Dr. Mohd Fahmi bin Mohamad Amran di talian 03-9051 3400 (samb: 762 2033) dan emel fahmiamran@upnm.edu.my.