Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 January 2022 / 16 Jamadil Akhir 1443
Tetapan

BULETIN UPNM

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan KESUPNA Penggal 2020-2023

Penulis :Kesatuan Kakitangan Sokongan UPNM (KESUPNA) Khamis, 13 Jan 2022



12 Januari 2022 (Rabu) - Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KESUPNA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Penggal 2020-2023 bertempat di Aras 1 Dewan Bestari, bangunan Bestari UPNM. Mesyuarat tersebut di hadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Adnan Bin Mat, Presiden, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Yang Berusaha Encik Abdul Rahman bin Haji Mohd Nordin, Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebagai tetamu jemputan. Mesyuarat itu juga telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Bin Abdullah, Naib Canselor UPNM dengan kehadiran seluruh pengurusan tertinggi UPNM.




Semasa ucapan alu-aluan, Encik Bahaman bin Haron, Presiden KESUPNA mengucapkan selamat datang kepada Yang Berbahagia Datuk Presiden CUEPACS dan Setiausaha Agung CUEPACS ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Presiden KESUPNA juga menyatakan bahawa KESUPNA telah bergabung dengan Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (GAKUM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Presiden KESUPNA juga amat berpuas hati didalam konteks perhubungan dengan pengurusan UPNM yang amat baik.








Kemaskini Terakhir : Jumaat, 14 Januari 2022