Penulis :Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) Jumaat, 26 Mac 2021

 

Sungai Besi, 24 & 25 Mac 2021 - Baru-baru ini telah berlangsung sesi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi sesi 2020/2021 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) UPNM, Suruhanjaya Pilihanraya Kampus UPNM serta MPP UPNM.

Pemilihan telah diadakan pada 24 Mac 2021 di Blok Tuah, Blok Lembah dan Pejabat MPP dan melalui atas talian bagi pelajar yang berada di luar kampus. Pengumuman keputusan rasmi pemilihan telah diadakan pada 25 Mac 2021 di Courtyard Oren, Bangunan Bestari.

Tahniah diucapkan kepada semua barisan kepimpinan. Semoga dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.

 

Kemaskini Terakhir : Isnin, 29 Mac 2021