Penulis :Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) Jumaat, 26 Mac 2021

Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah menyertai Pameran Malaysia Technology Expo (MTE 2021) yang bermula dari 22 hingga 26 Mac 2021 secara dalam talian. Pameran MTE 2021 diadakan bagi mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan.

Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari negara Asia dan Eropah. Sebanyak 11 penyertaan produk daripada 11 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu satu (1) Anugerah Khas, empat (4) pingat emas, lima (5) pingat perak dan dua (2) pingat gangsa.

 

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 26 Mac 2021