Sukacita dimaklumkan bahawa UPNM sedang melaksanakan kutipan wakaf tunai untuk Wakaf Pendidikan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Hasil kutipan Wakaf untuk Wakaf Pendidikan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia akan digunakan untuk keperluan-keperluan berikut:
(1) Kebajikan Pelajar
(2) Kebajikan Staf


Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya YBhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sudi untuk memberikan sumbangan wakaf dengan melengkapkan Borang Wakaf Pendidikan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia seperti dalam lampiran. Sumbangan Wakaf Pendidikan UPNM boleh dilakukan menggunakan kaedah-kaedah berikut:

* Cek – Atas nama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan hantar kepada Pusat Pengurusan Wakaf.
* Secara tunai – Boleh diserahkan kepada Pejabat Pusat Pengurusan Wakaf, Aras 2, Bangunan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
* Perbankan Internet – Bayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA:
* No. akaun : 8002882873
Nama bank : Cimb Bank (M) Bhd, Cawangan Country Height,
Kajang Selangor
Nama akaun : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

* No. akaun : 105200004691
Nama bank : Affin Bank, Cawangan Sri Petaling, Kuala Lumpur
Nama akaun : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


Sila kemukakan bukti pembayaran kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Bagi memakmurkan amalan berwakaf untuk Wakaf Pendidikan UPNM ini, kami memohon jasa baik pihak YBhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk membuat hebahan kepada semua kakitangan di Jabatan/ PTj masing-masing berkenaan perkara ini.


Semoga sumbangan YBhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan diterima oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala sedekah jariah yang akan dapat memberikan manfaat yang berpanjangan kepada warga UPNM sama ada bagi para pelajar mahupun kakitangan.


Sekian, jazakumullahu khayran kathira dan terima kasih.

Hebahan Wakaf Pendidikan UPNM
Borang Kebenaran Potongan Gaji Bagi Wakaf UPNM