CDiSS Resource Centre
 
 
 
 
 
 
Pada November 2020, CDiSS secara rasminya telah membuka CDiSS Resource Centre.

CDiSS Resource Centre merupakan ruangan (lokasi di Aras Bawah dan Aras 1, Bangunan CDiSS) yang dilengkapi dengan buku-buku rujukan dalam pelbagai bidang seperti pengajian strategi, diplomasi, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan personal computer (PC) yang mempunyai sambungan/akses internet bagi memberi kemudahan kepada tetamu bagi mendapatkan rujukan secara capaian atas talian. Ruangan ini dibuka kepada semua staf UPNM untuk mendapatkan rujukan dan menjalankan penyelidikan secara jangka pendek.
 
Waktu operasi CDiSS Resource Centre adalah Isnin hingga Jumaat, jam 8.00 pagi – 5.00 petang.