Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2021 / 17 Rabiul Awal 1443
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Apresiasi Jen Tan Sri Datuk Amar (Dr) Mohd Ghazali

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Rabu, 24 Mar 2021

Kuala Lumpur, 24 Mac 2021 - Hari ini telah berlangsung majlis apresiasi bagi Jen Tan Sri Datuk Amar (Dr) Mohd Ghazali bin Dato Mohd Seth (Bersara), Mantan Pro-Canselor UPNM di Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur.



Pelantikan YBhg. Jen Tan Sri sebagai Pro-Canselor UPNM bermula pada 10 Oktober 2010 hingga 10 Oktober 2019. YBhg. Tan Sri juga turut berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera bermula daripada 1 Disember 1977 sehingga 19 Januari 1981.



YBhg. Jen Tan Sri terus aktif dalam dunia korporat setelah bersara, seperti berada dalam senarai Ahli Lembaga Pengarah syarikat Nestle, The Royal Bank of Scotland Berhad, Pacific and Orient Berhad, Panglima Consulting Bhd serta Golden Cinemas Screen Sdn Bhd.


Hadir semasa majlis apresiasi berkenaan adalah YBhg. Lt Jen Dato Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM serta Prof. Dato Dr. Jesbil Singh, Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri & Perhubungan Korporat).




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Tuanku Canselor UPNM juga berkenan menyampaikan watikah kepada YBhg. Jen Tan Sri atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang menjadi Pro-Canselor UPNM. Penyerahan watikah telah dilakukan pada majlis yang sama oleh YBhg. Naib Canselor.



UPNM juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan cendera kenangan berupa album foto kepada YBhg. Jen Tan Sri. Seluruh warga UPNM mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan YBhg. Jen Tan Sri.


Kemaskini Terakhir : Rabu, 24 Mac 2021