Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2021 / 17 Rabiul Awal 1443
Tetapan

BULETIN UPNM

International Conference of Information & Communication Technology (ICICTM 2021)

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Rabu, 24 Mar 2021

Sungai Besi, 23 Mac 2021 - Setelah ditangguhkan selama setahun disebabkan oleh pandemik COVID-19, International Conference of Information & Communication Technology (ICICTM 2021) telah berjaya dianjurkan melalui platform digital pada 23 Mac 2021. Persidangan ini telah dianjurkan bersama oleh Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT).




Mengangkat tema “Innovation for Sustainability Solutions through IR 4.0”, persidangan selama satu hari berkenaan menyaksikan penyertaan paling tinggi bagi kedua-dua penyertaan tempatan dan antarabangsa.



YBhg. Lt Jen Dato Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyampaikan kata alu-aluan mewakili UPNM manakala UniKL telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrulniza Musa, Memangku Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif.



Terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat serta peserta yang menghantar penyertaan.


Kemaskini Terakhir : Rabu, 24 Mac 2021