Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2021 / 17 Rabiul Awal 1443
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Penyampaian Hadiah Program Big Lost Weight Siri 2 Tahun 2020

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Selasa, 23 Mar 2021

Sungai Besi, 19 Mac 2021 - Hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Program Big Lost Weight Siri 2 anjuran Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KESUPNA) bagi tahun 2020 bertempat di Cafe Kolam Renang UPNM.



Hadiah telah disampaikan oleh Prof. Dato Dr. Jesbil Singh, Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri & Perhubungan Korporat) merangkap penaung KESUPNA dan En. Bahaman bin Haron, Presiden KESUPNA.


Program Big Lost Weight Siri 2 telah berjaya dilaksanakan bermula 1 Oktober 2020 sehingga 1 Disember 2020 secara maya. Program ini merupakan aktiviti tahunan KESUPNA dalam meningkatkan hubungan ukhuwah serta silaturrahim antara ahli kelab berkenaan.




Gaya hidup yang sihat merupakan amalan kesihatan dari segi cara pemakanan dan aktiviti senaman dalam memastikan seseorang itu sihat secara semula jadi.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta. Ayuh kita sama-sama terus amalkan gaya hidup sihat.

Kemaskini Terakhir : Selasa, 23 Mac 2021