Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2021 / 17 Rabiul Awal 1443
Tetapan

BULETIN UPNM

Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Pasca Siswazah Sesi Kemasukan Mac 2021

Penulis :Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Isnin, 15 Mar 2021



Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah menganjurkan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Pasca Siswazah bagi Sesi Kemasukan Mac 2021 pada 10 Mac 2021 (Rabu) bertempat di Dewan Bestari, Bangunan Bestari.





Seramai 118 orang pelajar telah ditawarkan untuk mengikuti program Doktor Falsafah dan program Sarjana (mod penyelidikan) serta Sarjana (mod kerja kursus).





Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Fakulti/Pusat Pengajian, Pengarah Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Penyelaras program turut hadir pada hari tersebut. Kata alu-aluan dan taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Risby bin Mohd Sohaimi, Timbalan Dekan PPS. Seterusnya, taklimat disampaikan oleh En. Khairul Anuar bin Zainudin, Pustakawan Kanan daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim dan Prof. Madya Dr. Fakroul Ridzuan bin Hashim, Timbalan Pengarah Penerbit UPNM kepada pelajar baharu pasca siswazah.






Kemaskini Terakhir : Isnin, 15 Mac 2021