Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2021 / 17 Rabiul Awal 1443
Tetapan

BULETIN UPNM

Lawatan Menteri Kanan Pertahanan ke UPNM

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Rabu, 10 Mar 2021



Sungai Besi, 5 Mac 2021 - Lawatan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini merupakan lawatan pertama beliau semenjak menerajui Kementerian Pertahanan Malaysia tahun lepas.



Turut hadir pada lawatan ini adalah Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera, Dato’ Seri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan Malaysia, Lt. Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM serta Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi.


Pada lawatan ini YB Menteri telah diberikan taklimat mengenai peranan dan aktiviti utama universiti serta perhubungan strategik UPNM dengan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


UPNM memainkan peranan yang cukup besar, bukan sahaja dalam melahirkan bakal Pegawai Tentera yang akan menyertai ATM bahkan memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan profesionalisma pegawai-pegawai ATM yang sedang berkhidmat melalui program-program akademik pasca siswazah dan eksekutif. Program-program di peringkat Diploma juga sedang dijalankan oleh UPNM untuk anggota lain-lain pangkat ATM.



UPNM juga merupakan rakan strategik akademik kepada institusi ketenteraan seperti Maktab Ketahanan Nasional (MKN) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).



Dalam aspek penyelidikan, UPNM sedang menjalankan penyelidikan bersama dengan Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE), sebuah organisasi penyelidikan di bawah Kementerian Pertahanan serta dengan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. UPNM juga sedang menjalankan projek-projek rundingan bagi Kementerian Pertahanan.


Sempena lawatan ini, YB Menteri Kanan Pertahanan turut dibawa melawat ke simulator kapal yang moden dan canggih serta meninjau hasil penyelidikan oleh para penyelidik universiti yang sedia untuk dikomersialkan.



YB Menteri juga telah berbesar hati menyampaikan sumbangan komputer riba dan kewangan kepada 20 orang pelajar dari golongan B40. Mereka ini adalah di antara kumpulan pelajar UPNM yang memerlukan bantuan.


UPNM akan terus meneroka peluang kolaborasi dengan Kementerian Pertahanan dan ATM dalam usaha pembangunan kapasiti serta peluang penyelidikan lain pada masa- masa akan datang.


Kemaskini Terakhir : Jumaat, 12 Mac 2021