Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2021 / 17 Rabiul Awal 1443
Tetapan

BULETIN UPNM

Ukhwah UPNM dan USIM dalam Pelancaran Buku Kepemimpinan Komuniti

Penulis :Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) Isnin, 08 Mar 2021


UPNM, 3 Mac 2021 – Buku Kepemimpinan Komuniti kerjasama Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terbitan 2020 telah dilancarkan secara rasminya oleh Yang Berbahagia Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM dan Kol (Kehormat) Prof Dato Dr. Mohamed Ridza bin Wahiddin, Naib Canselor USIM.



Pelancaran buku Kepemimpinan Komuniti diadakan dalam satu majlis yang penuh bermakna secara talian sempena Karnival Buku Ilmiah 3.0 yang bermula 1 Mac -18 Mac 2021. Menurut Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM, penerbitan buku ini yang menterjemahkan kepentingan kepimpinan yang mapan dengan mengetengahkan isu-isu kontemporari. Disamping itu, kandungan buku ini selaras dengan arus perkembangan semasa terutamanya sinonim dengan Revolusi Industri 4.0 dan seiring dengan perkembangan lanskap sosioekonomi kemasyarakatan terutamanya ketika negara bertarung menghadapi pandemik COVID-19. Kepemimpinan seharusnya menjadi suatu elemen tulen yang mengikat serta memperkasa hubungan baik antara semua pihak dalam sesebuah organisasi mahupun komuniti.



Menurut Kol (Kehormat) Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza bin Wahiddin, Naib Canselor USIM usaha penerbitan buku ini merupakan sesuatu yang cukup positif dalam usaha kedua-dua universiti dalam memaknakan erti kepemimpinan dalam pelbagai tema dan aspek yang seterusnya dapat diraih oleh pembaca buku-buku ini, yang tentunya bukan sahaja ahli akademik, bahkan dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan.Penghasilan buku ini yang merupakan himpunan artikel daripada kertas kerja terpilih dari UPNM dan USIM dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai pemimpin yang mampu menjadi qudwah hasanah buat umat manusia dalam era kemodenan ini.



Buku ini merupakan himpunan 10 artikel yang membincangkan isu dan cabaran yang meliputi pelbagai aspek dalam kepimpinan. Semoga jalinan ukhwah sinergi kerjasama UPNM dan USIM terus utuh. Nantikan kemunculan buku yang bakal diterbitkan tahun 2021 oleh FPPP, UPNM dan FKP, USIM iaitu Kepemimpinan Mengurus Krisis.


Kemaskini Terakhir : Jumaat, 12 Mac 2021