Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
23 October 2021 / 17 Rabiul Awal 1443
Tetapan

BULETIN UPNM

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ke UPNM

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Isnin, 01 Mar 2021

Sungai Besi, 26 Feb 2021 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini telah menerima lawatan kerja daripada YB Dato Mansor bin Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.



Turut hadir semasa lawatan kerja berkenaan adalah YBhg. Lt Jen Dato Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM, wakil-wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Pengurusan Tertinggi UPNM.




Lawatan kerja ini menyaksikan sesi pembentangan taklimat berkenaan info ringkas serta hala tuju dan perkembangan terkini Universiti kepada YB Dato Mansor. Lawatan kerja ini kemudiannya disusuli dengan pameran penyelidikan berkenaan produk inovasi dan penyelidikan oleh para penyelidik dan warga UPNM.



Semasa sesi lawatan kerja ini juga, YB Dato Mansor berpeluang untuk beramah mesra dengan pelajar dan Pegawai Kadet UPNM. YB Dato Mansor telah menyampaikan sumbangan bantuan KPT Prihatin berupa pemberian komputer riba dan dermasiswa bernilai RM1,000.00 seorang kepada sebahagian para pelajar UPNM yang memerlukan.



Delegasi daripada KPT juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di atas kapal dengan slot simulator kapal oleh Pusat Maritim UPNM. Ini telah memberi pendedahan kepada delegasi KPT berkenaan fasiliti dan infrastruktur Universiti.


YB Dato Mansor juga mengambil peluang untuk sama-sama menunaikan solat Jumaat bersama warga UPNM sebelum lawatan kerja ini berakhir.


UPNM menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada YB Timbalan Menteri serta delegasi daripada KPT atas lawatan kerja ini serta sumbangan dan kerjasama yang diberikan dalam memacu hala tuju Universiti ke arah kemajuan dan produktiviti.

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 12 Mac 2021