Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
09 March 2021 / 25 Rejab 1442
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Sumbangan Wakaf Pendidikan daripada Syarikat TNB Kepada UPNM

Penulis :Pusat Pengurusan Wakaf UPNM Rabu, 13 Jan 2021



Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini telah menerima sumbangan wakaf pendidikan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Tenaga Nasional Berhad (TNB). Majlis telah berlangsung di Bilik Mesyuarat. Bangunan Canselori, UPNM.


Sumbangan wakaf pendidikan ini telah disampaikan oleh YBhg. Kolonel (K) Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif TNB kepada YBhg. Lt Jen Dato Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM.



Turut hadir semasa majlis penyampaian sumbangan berkenaan adalah wakil-wakil daripada syarikat TNB, serta Pengurusan Tertinggi UPNM dan Prof. Madya Dr. Sayuti bin Ab Ghani, Pengarah, Pusat Pengurusan Wakaf UPNM.


Sumbangan wakaf ini dapat membantu dalam meringankan beban pelajar UPNM yang memerlukan bantuan kewangan berkenaan.


Program ini juga menyaksikan delegasi daripada syarikat TNB merasai sendiri pengalaman berada di atas kapal dengan slot simulator kapal oleh Pusat Maritim UPNM serta peluang untuk merasai pengalaman menembak di Lapang Sasar 10M UPNM. Ini telah memberi pendedahan kepada syarikat TNB berkenaan fasiliti dan infrastruktur Universiti.



UPNM menzahirkan ribuan terima kasih kepada syarikat TNB atas sumbangan wakaf yang disampaikan. UPNM juga turut berbangga kerana dapat bekerjasama dengan syarikat gergasi TNB yang sentiasa memberi sumbangan bermanfaat dalam memangkin pembangunan ekonomi negara serta kelestarian hidup masyarakat.


Diharap kerjasama erat yang terjalin serta usaha murni hasil sumbangan syarikat TNB kepada UPNM akan berterusan pada masa-masa akan datang.


Ditubuhkan pada bulan Jun 2019, Pusat Pengurusan Wakaf UPNM merupakan Pusat Pengurusan Wakaf pertama di Universiti Awam dalam usaha menggalakkan sumbangan dana wakaf kepada Universiti.



Kemaskini Terakhir : Rabu, 13 Januari 2021