Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
17 October 2021 / 11 Rabiul Awal 1443
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Apresiasi Auditor Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015

Penulis :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Rabu, 06 Jan 2021

UPNM, 14 Disember 2020 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) buat kali kedua telah mengadakan Majlis Apresiasi Auditor Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 bagi sesi 2019/2020, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Majlis yang bermula dari jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang juga meraikan kejayaan pengurusan audit SPK yang telah memperoleh Audit Bersih dalam Audit Pengawasan 5 (Focus Visit – FV) pada 01 Disember 2020.



Majlis Apresiasi Auditor Dalaman SPK MS ISO 9001:2015 bagi sesi 2019/2020, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), telah berjaya dilaksanakan menerusi Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) selaku Urus Setia Auditor Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti serta Ahli Jawatankuasa Jaminan Kualiti Universiti (JJKU). Majlis ini diadakan bertujuan menghargai usaha dan sumbangan yang telah dilaksanakan oleh Auditor Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti serta Ahli Jawatankuasa Jaminan Kualiti Universiti (JJKU) sepanjang tahun 2020.



Majlis telah diadakan dalam norma baharu yang dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama ialah sesi penyampaian anugerah kepada para Auditor Dalaman SPK dan sesi kedua pula adalah sesi jamuan makan sempena Majlis Apresiasi Auditor Dalaman SPK Sesi 2019/2020. Semua jemputan perlu mengikut S.O.P majlis dan sentiasa berada pada jarak fizikal yang telah ditetapkan.


Sesi Pertama iaitu Penyampaian Anugerah kepada para Auditor Dalaman SPK Sesi 2019/2020 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi selaku Pengurus Kualiti UPNM dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat), Pengarah PPA, Pengarah JPP serta Pengarah, PTMK.



Seramai 45 penerima yang terdiri daripada 33 orang ahli Auditor Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti dan 12 orang ahli Jawatankuasa Jaminan Kualiti Universiti telah dianugerahkan sijil penghargaan atas sumbangan dan komitmen mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan UPNM.



Turut disampaikan adalah tiga anugerah Majlis Apresiasi Auditor Dalaman SPK Tahun 2020 iaitu; Anugerah Auditee FPJB Terbaik yang telah dianugerahkan kepada Unit Pengurusan Asrama, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) dan telah diterima oleh Yang Berbahagia Lt Kol Prof. Ts. Dr. Muhd Zuazhan bin Yahya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Selain itu, dua lagi anugerah iaitu Anugerah Kumpulan Auditor Terbaik telah dimenangi oleh kumpulan auditor yang dianggotai oleh Dr. Nur Surayya binti Mohd Saudi, Puan Nur Shahrul Bariah binti Che Noh dan Encik Muhammad Rashidi bin Rashid. Manakala untuk Anugerah Auditor Harapan Tahun 2020 pula telah dimenangi oleh Puan Noor Hazarina Binti Farizan.



Sesi kedua majlis diteruskan dengan menyambut ketibaan Yang Berbahagia Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal, Naib Canselor UPNM di perkarangan Pusat Marin dengan diiringi oleh Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong-Penolong Naib Canselor dan Pengurusan Tinggi universiti yang lain.


Yang Berbahagia Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal, Naib Canselor UPNM berkenan menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, Yang Berbahagia Naib Canselor telah menzahirkan rasa gembira atas kejayaan memperoleh Audit Bersih yang pertama dalam sejarah UPNM dalam Audit Pengawasan 5 (Focus Audit – FV). Yang Berbahagia Naib Canselor menyatakan bahawa kejayaan ini adalah kejayaan yang amat membanggakan UPNM. Naib Canselor berpandangan acara ini perlu diteruskan saban tahun bagi menghargai jasa dan penglibatan Auditor Dalaman yang menjalankan tugas di luar tugas hakiki dan menuntut komitmen dan tenaga yang lebih. Usaha ini akan dapat melahirkan modal insan berkualiti dan inovasi ke arah memangkin kecemerlangan universiti. Selain itu, Yang Berbahagia Naib Canselor telah mengakhiri ucapan beliau dengan menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua bersempena dengan persaraan wajib beliau.



Pihak Urus setia majlis juga menyampaikan cenderamata kenang-kenangan sebagai menghargai penglibatan Yang Berbahagia Naib Canselor selaku Penaung Jawatankuasa Jaminan Kualiti Universiti (JJKU), UPNM. Semua cenderamata telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi selaku Pengurus Kualiti UPNM dengan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Hj. Hasan Al-Banna Bin Mohamed selaku Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data serta disaksikan oleh Pengurusan Tertinggi Universiti.



KUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN

Kemaskini Terakhir : Rabu, 06 Januari 2021