PB menyasarkan untuk mempromosi pengetahuan tanpa sempadan dan kompetensi yang diperlukan oleh bakal pegawai tentera dan pemimpin muda di Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh PB adalah bertaraf wajib universiti seperti kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing (Jepun, Arab, Mandarin, Rusia, Sepanyol, dan Perancis). Pada masa akan datang PB bercadang menawarkan lebih banyak kursus-kursus yang berkaitan seperti pemikiran kritis, kesusasteraan bahasa, falsafah dan sebagainya. Mulai Sesi Akademik 2014/2015, PB juga telah menawarkan satu program akademik iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) dengan pengambilan sulung seramai 31 orang pelajar yang akan bergraduat Oktober 2017.