![]() |
Portal Rasmi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kewajipan, Maruah, Integriti
|
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
**Pencapaian Piagam Pelanggan UPNM -Klik sini untuk lihat / muat turun
• Menyelaras penyediaan, penyemakan dan penyelenggaraan dokumen dan rekod sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001 setiap PTj di UPNM.
• Menyelaras dan menganjurkan latihan / seminar / kursus yang berkaitan dengan aspek kualiti, latihan juruaudit, tanda aras dan amalan terbaik kebangsaan dan antarabangsa.
Menjalankan kajian terhadap maklum balas pelanggan dan aduan; serta menyelaras usaha-usaha penambahbaikan yang berterusan.
• Merancang dan menyelaras dasar berkaitan dengan pembangunan jaminan kualiti dan peningkatan semua aspek operasi universiti, termasuk akademik, penyelidikan, perundingan / khidmat masyarakat serta perkhidmatan sokongan.
• 5.Menyelaras penilaian perkhidmatan bagi keseluruhan universiti dalam aspek akademik, latihan ketenteraan, pengurusan, perkhidmatan sokongan, dan penyelidikan.
• 6.Menjalin hubungan dengan unit / pusat kualiti di institut pengajian tinggi lain bagi berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan isu kualiti pengajian tinggi.
• Mengumpul, menyebar dan menerbitkan maklumat berkenaan dengan aspek kualiti.
• Melakukan penyelidikan berkaitan kualiti dalam pengajian tinggi dengan menggabungkan kepakaran dalaman dan luaran bagi membantu pembikinan keputusan dan perancangan kualiti di UPNM.
• Menyediakan perkhidmatan konsultasi dalam bidang pengurusan kualiti.
• Membantu dalam merancang, mengendali dan memantau akreditasi program-program akademik selaras dengan piawaian Malaysian Quality Assurance (MQA) dan bertindak sebagai satu badan audit akademik dan audit kualiti dalaman.
• Membantu dalam pemantauan tahap kualiti dan jaminan kualiti semua program pengajian yang ditawarkan oleh pihak Fakulti / Pusat selaras dengan keperluan pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan badan ikhtisas lain berserta pelaksanaan KPI yang berkesan.
• Membantu dalam pemantauan sistem pengajaran dan pembelajaran supaya sentiasa menepati piawaian kualiti yang ditetapkan.
• Membantu mengurus selia kepada aktiviti-aktiviti berkaitan kualiti seperti Program Hari Kualiti dan seumpamanya.