Mengurus pelantikan, pengambilan saraan, kemajuan kerjaya dan disiplin staf berpandukan Perintah Am, Pekeliling-pekeliling, Surat-surat Pekeliling serta lain-lain Arahan Kerajaan.
Merancang pelunjuran pelajar selaras dengan perancangan akademik dan dasar-dasar universiti.
Melaksanakan program pengurusan kualiti dan produktiviti yang berterusan bagi mewujudkan budaya kerja berkualiti di kalangan staf, selaras dengan Pekeliling –pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.
Memastikan urusan pentadbiran dan operasi universiti dilaksanakan mengikut prosedur dan tadbir urus yang baik.
Memastikan dasar dan prosedur keselamatan dan perlindungan universiti secara terancang, sistematik, cekap dan berkesan.