Delegasi UPNM yang dipimpin oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Azizi bin Miskon, telah berkesempatan untuk menjalin kerjasama yang erat dan membincangkan halatuju dengan beberapa entiti terkemuka. Antaranya Council for Scientific and Industrial Research (CSIR) di Afrika Selatan dan Universiti Pretoria serta kesempatan kunjungan hormat ke atas PYT di Kedutaan Malaysia.


Delegasi UPNM juga berkesempatan untuk berinteraksi dengan wakil-wakil penting dari setiap entiti tersebut:
 
Denel diwakili oleh Madam Sureiya Adam, yang membawa wawasan yang berharga tentang industri pertahanan dan teknologi di Afrika Selatan.
 
CSIR diwakili oleh Mr. Erlank Pienaar (Impact Area Manager), Mr. Christo van der Merwe (Research Group Leader), dan Mr. Sipho Mbhokota (Executive Manager), yang membincangkan potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
 
Universiti Pretoria diwakili oleh Prof. Dr. Warren du Plessis dan kumpulan penyelidik yang turut menyumbangkan pandangan tentang perkembangan akademik dan pengetahuan di negara itu.
 
Kedutaan Malaysia diwakili oleh TYT Rus Shazila Osman dan DA Kolonel Ishak Ujang (TUDM), yang bertindak sebagai jambatan penting dalam mempererat hubungan diplomatik antara Malaysia dan Afrika Selatan.
 

 
 
Kesempatan ini telah memperluaskan wawasan delegasi UPNM dalam bidang pertahanan, sains, dan teknologi industri, tetapi juga membuka peluang untuk kerjasama yang lebih erat di masa depan. Kami berharap kerjasama yang telah terjalin akan menghasilkan inovasi yang bermakna dan manfaat bersama bagi kedua-dua negara.