Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus  Systems Integration and Experimental Design, FSE Siri 3/2024 mulai 4 hingga 8 Mac 2024 bertempat di Mines Beach Resort, Seri Kembangan, Selangor. Kursus ini adalah merupakan modul ketiga dalam Program Systems Engineering yang dikendalikan oleh UPNM dengan kerjasama University of Southeastern Norway (USN) dan Kongsberg Defence and Aerospace (KDA). Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa melibatkan pegawai-pegawai daripada pelbagai sektor agensi Kerajaan seperti APMM, Angkatan Tentera Malaysia, STRIDE, UPM dan UPNM sendiri.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada penyepaduan sistem dan peranan pentingnya dalam pembangunan produk dan sistem yang kompleks. Majlis penutup bagi kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Pengarah Kanan Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) dan dihadiri wakil daripada pihak Kongsberg Defence and Aerospace (KDA).