15 Februari 2024 - Pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Angkat Sumpah MPP UPNM Sesi 2023/2024 & Majlis Apresiasi MPP UPNM Sesi 2022/2023 di Dewan Zulfaqar. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM & Pengurusan Tertinggi Universiti.
 
Penyampaian surat watikah pelantikan telah diserahkan kepada 19 orang ahli MPP Sesi 2023/2024 yang diketuai oleh Saudara Eris Joshan a/l Chew Ho Beng sebagai YDP MPP. Kemudian, sesi penyampaian sijil penghargaan & cenderamata kepada 17 orang mantan ahli MPP Sesi 2022/2023 yang telah memberi komitmen & dedikasi sebagai ahli MPP yang lalu. Syabas diucapkan kepada semua ahli MPP yang baharu dan terima kasih atas jasa dan khidmat kepada semua mantan ahli MPP.