24 Januari 2024 - Hari ini UPNM telah mengadakan Program Riadah Gotong-Royong Perdana UPNM 2024 yang dirasmikan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM.
 
Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan kebersihan tempat kerja dan mempromosikan amalan hidup sihat dalam kalangan warga UPNM.
 
Program dimulakan dengan simbolik perasmian oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM dan riadah senamrobik bersama semua warga UPNM di Pavilion UPNM.