10 Oktober 2023 - Sempena sambutan Bulan Akademia, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UPNM menganjurkan Innovation in Teaching and Learning Expo (UPNM-InTeLeX) 2023 bertempat di Dewan Zulfaqar.
 
Ekspo ini bertujuan mengetengahkan projek-projek penyelidikan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu The Minds of The Future, Pitching in Teaching and Learning Research Innovation in Teaching and Learning (Innothon).
 
 
 
 
 
Ia dirasmikan YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Agus bin Yusoff, Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri. Di dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kerjasama antara universiti dan industri bagi memperkasakan proses PdP di kalangan akademia melalui penggunaan teknologi terkini yang boleh membantu proses PdP dalam merealisasikan ilmu pengetahuan serta simulasi kaedah.
 
 
 
 
 
*Lihat Video Pendek Disini: TEKAN SINI