3 Oktober 2023 - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengadakan Majlis Perasmian dan Bacaan Ikrar Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD). Program ini dikhususkan kepada para pelajar baharu yang mengikuti Program Sarjana Muda Sesi 2023/2024 telah bermula pada 1 Oktober sehingga 5 Oktober 2023, bertempat di Dewan Zulfaqar, UPNM.
 
Seramai 760 orang pelajar baharu telah mendaftar secara rasmi dan kesemuanya merupakan pelajar yang mengikuti Program Sarjana Muda. Pecahan mendaftar mengikut jantina adalah 462 orang lelaki dan 298 perempuan.
 
 
 
Majlis perasmian MPJD disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki Bin Muhammad, Naib Canselor. Dalam ucapannya beliau mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar ke UPNM dan menasihati mereka agar mendokong tiga aspek utama iaitu mematuhi peraturan universiti, melaksanakan amanah dan tanggungjawab berpaksikan kemuliaan akhlak dan komited dengan program dan aktiviti universiti.
 
Turut hadir di dalam majlis perasmian adalah Pengurusan Tertinggi , Komandan ALK, para pensyarah dan pegawai-pegawai Kanan UPNM.
 
 
 
*Lihat Video Pendek Di Sini: Tekan Sini