Display: High contrast | Normal
white blue red green big font small font W3C
14 July 2020 / 23 Zulkaedah 1441
Setting

NDUM BULLETIN

Webinar Cabaran Pengurusan COVID-19 di Malaysia

Author :Jabatan Pendaftar, UPNM Friday, 26 Jun 2020

Sungai Besi, 23 Jun 2020 - Baru-baru ini telah berlangsung satu webinar untuk meningkatkan pengetahuan yang bertajuk Cabaran Pengurusan COVID-19 di Malaysia. Webinar berkenaan telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan, (HADR) dan Pusat Undang-Undang Ketenteraan dan Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL), dengan kerjasama Unit Latihan dan Kompetensi (BPbSM), Jabatan Pendaftar UPNM.



Webinar berkenaan telah membariskan panel jemputan seperti En. Muhammad Hafiz Abdul Rahim daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dr. Badrul Hisham Abd. Samad daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal B. Mohd Amin dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Moderator bagi webinar berkenaan adalah Dr. Noor Afiza Mat Razali, Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UPNM.



Terima kasih kepada panel jemputan dan mereka yang telah menyertai webinar berkenaan.


Last Edited : Friday, 26 Jun 2020